Apakata LELAKI mengenai bekas TEMAN WANITA.

Selalunya selepas terputus hubungan dengan teman wanita, masing-masing akan membawa haluan sendiri.  Kenangan lalu tidak lagi menjadi bunga-bunga mimpi yang indah. Bagi si lelaki, mereka mempunyai pelbagai pandangan dan pendapat jika telah putus kasih dengan teman wanita.  Walaupun telah putus hubungan, sebenarnya mereka masih terfikirkan mengenai teman wanita mereka.  Ingin tahu apa pendapat mereka mengenai bekas teman wanita?  Jom.......
*  Bekas teman wanita masih berkawan dengan mereka walaupun bukan lagi sebagai pasangan kekasih.
*  Ada di antara bekas teman wanita menjadi salah seorang kawan baik yang begitu memahami. 
*  Si perempuan telah menjadi seorang yang berdikari dan semakin tabah mengharungi hidup.
*  Agak sukar pada mulanya hendak berlagak seperti biasa tetapi lama kelamaan keadaan menjadi okeh.
*  Pada awal perpisahan, masih boleh menerima keadaan itu tetapi apabila bekas teman wanita mula keluar dengan orang lain, sukar untuk menerima keadaan itu. 
*  Si lelaki akan terfikir mengenai bekas teman wanita pada waktu yang sering bersama dan berharap akan menerima panggilan telefon seperti biasa.
*  Putus kasih dengan bekas teman wanita adalah satu perkara yang paling teruk pernah mereka alami.
*  Ada lelaki langsung tidak memikirkan mengenai bekas teman wanita mereka.
*  Masing-masing membawa haluan sendiri selepas berpisah dan tiada apa yang perlu difikirkan lagi....

1 comments:

Evi LoLyta said...

salam ziarah. nice article