pengetahuan UNTUKmu

Zodiak PISCES, LEO dan ARIES boros.
Tahukah kamu bahawa melalui zodiak, di katakan sikap kamu boleh diketahui iaitu sama ada kamu boros ataupun tidak.  Penyelidikan di UK mendapati orang yang bernaung di bawah zodiak Pisces, Leo dan Aries sangat pemborong dan sering menghadapi masalah kewangan.   Manakala orang berbintang Capricon dan Cancers adalah juruwang yang sangat baik!


Gadis SINGLE lebih BERJAYA.
Menurut satu kajian yang di buat baru- baru nie di Amerika Syarikat, mendapati bahawa gadis single lebih mudah untuk berjaya dalam karier mereka. Ini berlainan pula dengan lelaki bujang.   Ini seolah-olah membuktikan kebenaran andaian yang mengatakan, di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita di belakangnya.


SENAMAN bantu TIDUR NYENYAK.
Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam sebuah buku 'Power Sleep' hasil tulisan James B. Mass, kamu akan dapat tidur lena jika kamu memanaskan badan kamu dengan membuat senaman sebelum tidur. Begitu juga sekiranya kamu mandi air suam sebelum masuk tidur.  Ketika suhu badan kamu menurun, ia akan meningkatkan gelombang tidur otak kamu.


BUAH EPAL bantu kurangkan MIGRAIN.
Menurut Alan Hirsh, pengarah The Taste Research Foundation di Chicago, epal hijau boleh membantu para pesakit migrain. Ini kerana dikatakan aroma epal hijau mempunyai  bau yang mampu membangkitkan mood yang baik kepada pesakit. Jadi, ketegangan akan hilang dan migrain juga boleh dikurangkan. Terbukti bau mempunyai pengaruh yang besar kepada manusia bahkan bau adalah 90% daripada deria baru.


VITAMIN C dan ALKOHOL.
Vitamin C memang berkhasiat tinggi. Tapi tentu ramai di kalangan kamu yang tidak mengetahui bahawa perokok memerlukan lebih banyak vitamin c berbanding dengan orang yang tidak merokok.  Mereka memerlukan sekurang- kurangnya 50 miligram vitamin c bagi setiap batang rokok yang dihisap.  Malah peminum alkohol dan orang yang hidup di kawasan udara tercemar juga memerlukan vitamin c.


PIL TIDUR bawa maut.
Pelbagai cara telah kamu lakukan untuk mengatasi masalah sukar tidur malam.   Akhirnya kamu menggunakan ubat tidur. Kamu harus berhati-hati menggunakan ubat tidur kerana sesetengah ubat tidur boleh membunuh kerana kandungan kafeine di dalamnya melebihi jumlah yang terkandung dalam secawan kopi!   Jadi, periksa dulu kandungan bahannya sebelum kamu mencuba!  Lagipun masih banyak lagi cara yang boleh kamu gunakan seperti membaca buku sebelum tidur.  Apabila mata penat, kamu lebih mudah mengantuk.


GULA
bukan penyebab PENYAKIT.
Selama ini pasti kamu sering terdengar dakwaan betapa bahayanya gula terhadap manusia.   Ia dikatakan punca diabetes, jantung dan sebagainya. Namun sebenarnya penyakit itu adalah disebabkan oleh kadar kalori dalam tubuh, gaya hidup serta keturunan dan bukan semata-mata kerana gula!  Bahkan, dakwaan bahawa kerosakan gigi kanak-kanak kerana gula juga masih belum di buktikan. Satu kajian yang di buat oleh seorang pengkaji daripada UN Food and Agriculture Organization, William Clay menunjukkan bahawa adalah lebih penting untuk kanak-kanak memperolehi rawatan florida dan penjagaan gigi yang sempurna daripada mengelakkan mereka mengambil gula.


Keistimewaan STRAWBERI.
Buah-buahan memang banyak khasiatnya termasuklah buah strawberi.  Buah ini memang mempunyai banyak keistmewaannya kerana ia kaya dengan vitamin dan rasanya yang manis-masam menjadikan ia kegemaran ramai.  Tapi tahukah kamu bahawa strawberi juga boleh menbuatkan diri kamu seksi, hanya dengan mencium aromanya sahaja!  Satu kajian yang diadakan di Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa lelaki juga boleh tergoda hanya dengan bau donut Strawberi.   Hebatkan penangan strawberi!


Rama-rama Terbesar.
Pelbagai jenis dan saiz rama-rama yang boleh didapati di negara kita ini.  Mungkin ramai di antara kamu yang tidak mengetahui apakah jenis rama-rama yang terbesar di negara kita ini?  Rama-rama jenis Atlas yang bersaiz 77.28cm adalah yang paling besar di negara kita ini.   Walaubagaimanapun ia suma dapat hidup kira-kira seminggu sahaja kerana tidak mampu memakan sebarang makanan disebabkan ia tidak mempunyai mulut.  Pelik kan!


TEKANAN Bawa Kebaikan.
Pastinya setiap orang pernah mengalami saat ketegangan dan rasa tertekan (stress).   Itu semua tidak menyenangkan.  Namun sebenarnya sedikit tekanan juga boleh memberikan kebaikan pada kamu. Menurut satu kajian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat, otak kamu akan mengeluarkan sejenis hormon, 'cortisol' apabila diri kamu berada bawah tekanan. Kebaikannya ia boleh membantu meningkatkan keyakinan diri dan menjadikan perasaan kamu lebih terkawal.   Berlainan dengan kamu yang kurang kadar hormon tersebut akan 'bad mood' dan sukar mengawal perasaannya.


LELAKI mudah dapat SAKIT JANTUNG!
Sakit jantung, tentu gerun kamu mendengarnya.  Dalam satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar terhadap jantina mana yang berisiko tinggi menghidap sakit jantung di negara kita ini, golongan lelaki yang berusia lebih daripada 30 tahun adalah pengidap tertinggi penyakit lemah jantung.   Golongan perempuan dikatakan sukar mendapat penyakit ini kerana lebihan hormon dalam badan.  Tapi bukan bermakna orang perempuan tidak kena penyakit darah tinggi, perempuan juga kena cuma lewat sedikit.


KULIT GELAP mudah dapat KANSER.
Tahukah kamu kanser lebih mudah dihidapi oleh lelaki yang berkulit hitam.  Ini terbukti apabila satu kajian yang dijalankan mendapati lelaki berkulit hitam lebih terdedah kepada penyakit kanser buah dada iaitu dengan jumlah 14 orang bagi setiap 1 juta, manakala lelaki berkulit cerah pula ialah 8 orang bagi setiap 1 juta.


0 comments: